Buka Akaun SSPN Plus

Buka Akaun SSPN Plus, hadiah kan anak-anak anda dengan masa depan yang lebih cerah. Dengan akaun SSPN Plus anda menabung untuk Tabung Pengajian Tinggi anak-anak anda yang menpunyai manfaat takaful!

Klik Buka Akaun Simpan SSPN Plus untuk terus membuka akaun

Table of Contents

Apakah SSPN?

SSPN adalah singkatan kepada Skim Simpanan Pendidikan Nasional, ia merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan penabungan untuk pendidikan tinggi. Produk ini telah dilancarkan secara rasmi pada 6 Ogos 2004. Ianya terdiri daripada dua komponen produk simpanan yang utama iaitu Simpan SSPN Prime (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i) dan Simpan SSPN Plus (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus).

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Produk Akaun Simpan SSPN Plus

Apakah SSPN Plus?

Akaun Simpan SSPN Plus merupakan produk terbaru daripada PTPTN dengan kerjasama dari tiga Syarikat Pengendali Takaful (SPT) iaitu Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful IKHLAS Family Berhad (TIFB).

Apakah pelan simpanan yang ditawarkan ini patuh syariah?

Ya. Pelan simpanan ini adalah patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar bagi simpanan SSPN iaitu di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan. Manakala bagi skim takaful pula menggunakan konsep Iltizam Bil Al Tabarru. Produk ini telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).

Apakah pakej yang ditawarkan melalui Akaun Simpan SSPN Plus?

Simpan SSPN Plus menawarkan enam (6) pakej pilihan dengan komitmen terendah sebanyak RM30 sebulan (RM20 simpanan dan RM10 takaful). Secara ringkasnya berikut adalah perbandingan untuk kesemua enam Pakej Akaun Simpan SSPN Plus.

PakejIntanDelimaTopasZamrudNilamBerlian
Simpanan bulanan Simpan SSPN PlusRM20RM40RM90RM180RM270RM200
Sumbangan TakafulRM10RM10RM10RM20RM30RM300
Jumlah komitmen BulananRM30RM50RM100RM200RM300RM500

Apakah keistimewaan Akaun Simpan SSPN Plus?

Keistimewaan produk Simpan SSPN Plus adalah seperti berikut:

  1. Produk patuh syariah;
  2. Pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa (tahun taksiran) sehingga RM8,000 setahun (bersekali dengan produk Simpan SSPN Prime);
  3. Pelepasan cukai ke atas sumbangan takaful bagi tahun semasa (tahun taksiran) sehingga RM3,000 setahun (bagi pekerja swasta atau penjawat awam yang memilih KWSP) atau RM7,000 setahun (bagi Penjawat Awam memilih Pencen Kerajaan);
  4. Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
  5. Manfaat kematian dan ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1,200,000 bergantung kepada pakej dan Syarikat Pengendali Takaful (SPT);
  6. Tiada pemeriksaan kesihatan;
  7. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
  8. Khairat kematian kepada pendeposit, pasangan dan anak-anak (maksimum 5 orang anak sahaja tertakluk kepada Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih);
  9. Manfaat sehingga 45 penyakit kritikal sehingga RM250,000.00 bergantung kepada pakej dan SPT yang dipilih;
  10. Elaun kemasukan hospital sehingga RM250 sehari bergantung kepada pakej dan SPT yang dipilih
  11. Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN;
  12. Perlindungan 24 jam di seluruh dunia;
  13. Simpanan dijamin Kerajaan.

Apakah perbezaan Akaun Simpan SSPN Plus dengan Akaun SSPN Prime sedia ada?

Perbezaan antara produk Simpan SSPN Plus dengan Simpan SSPN Prime adalah seperti berikut :

PerkaraAkaun Simpan SSPN PlusAkaun Simpan SSPN Prime
Komitmen MinimumSerendah RM30/ sebulanTiada
Sumbangan TakafulSerendah RM10 sebulan atau mengikut pakej yang dipilih.Percuma *Layak hanya kepada pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas
Manfaat Takaful i. mengikut pakej dan Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilihManfaat kematian/ ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1,200,000Manfaat kematian/ ilat kekal (kemalangan) Ringit ke Ringgit.
Manfaat kematian/ ilat kekal (biasa) sehingga RM1,000,000Manfaat kematian/ ilat kekal (biasa) Ringgit ke Ringgit
Manfaat ilat kekal separa sehingga RM200,000Tiada
Manfaat sehingga 45 penyakit kritikal sehingga RM200,000Tiada
Elaun kemasukan hospital sehingga RM250 sehariTiada
Khairat kematian*:
i. Pendeposit – sehingga RM25,000
ii. Pasangan – sehingga RM12,500
iii. 5 anak – sehingga RM5,000 seorang
Khairat kematian bagi:
i. Pendeposit – RM2,000
ii. Penerima manfaat RM500
Pelepasan Taksiran Cukan Pendapatani. Sehingga RM8,000 setahun berdasarkan simpanan bersih Simpan SSPN Plus dan Simpan SSPN Prime tahun semasa.

ii. Menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai iaitu sehingga RM7,000 setahun berdasarkan bayaran sumbangan takaful tahun semasa.
i. Sehingga RM8,000 setahun berdasarkan simpanan bersih Simpan SSPN Plus dan Simpan SSPN Prime tahun semasa. ii. Tiada




Geran Sepadan (Insentif kemasukan ke IPT)TiadaSehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak.
Syarat Pembukaan AkaunMana-mana warganegara Malaysia boleh membuka akaun untuk:
– Diri sendiri
– Anak Kandung, dan
– Anak Jagaan yang sah (Anak Angkat/ Anak Tiri)

Mana-mana warganegara Malaysia boleh membuka akaun untuk:
– Diri sendiri
– Anak Kandung
– Anak Jagaan yang sah
– Mana-mana warganegara Malaysia yang lain berumur tidak melebihi 29 tahun

Saya telah mempunyai Akaun Simpan SSPN Prime, adakah saya boleh membuka Akaun Simpan SSPN Plus?

Boleh. Pendeposit yang telah mempunyai akaun Simpan SSPN Prime boleh membuka akaun Simpan SSPN Plus tanpa perlu menutup akaun Simpan SSPN Prime.

Adakah pendeposit yang mempunyai akaun SSPN -i Plus boleh membuka Akaun Simpan SSPN Plus?

Boleh dengan syarat akaun yang dibuka melibatkan penerima manfaat berbeza yang tidak pernah mempunyai akaun SSPN-i Plus sebelum ini.

Bagi akaun SSPN-i Plus sedia ada, ianya akan dipindahkan secara automatik ke akaun Simpan SSPN Plus di bawah Syarikat Pengendali Takaful (SPT) asal iaitu HLMT.

Syarat-Syarat Membuka Akaun Simpan SSPN Plus

Siapakah yang layak membuka Akaun Simpan SSPN Plus?

Syarat bagi Pendeposit :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mencapai umur 18 tahun sehingga sehari sebelum mencapai umur 69 tahun (mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih); dan
  3. Boleh membuka akaun untuk diri sendiri (sebagai penerima manfaat) tetapi tidak boleh mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan.

Syarat bagi Penerima Manfaat :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Hubungan dengan pendeposit hendaklah sama ada anak kandung/ anak tiri/ anak angkat; dan
  3. Berumur 1 hari sehingga sehari sebelum mencapai umur 29 tahun (untuk layak mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan).

Apakah had umur pembukaan Akaun Simpan SSPN Plus mengikut Syarikat Pengendali Takaful?

Had umur pembukaan Akaun Simpan SSPn Plus mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) adalah seperti berikut:

HLMT & TIFBSehingga sebelum mencapai 65 tahun
GETBSehingga sebelum mencapai 69 tahun

Adakah Pelanggan perlu membuat pemeriksaan kesihatan ataupun mendapatkan laporan perubatan untuk memBuka Akaun Simpan SSPN Plus?

Istinewanya apabila Buka Akaun SSPN Plus, Tiada sebarang pemeriksaan kesihatan atau laporan perubatan diperlukan untuk membuka akaun. Namun begitu bagi pembukaan akaun Pakej Berlian, bakal pendeposit perlu menjawab tiga (3) soalan kesihatan yang terdapat pada borang pembukaan akaun. Jika terdapat jawapan YA bagi salah satu soalan, bakal pendeposit TIDAK LAYAK menyertai Pakej Berlian dan dinasihatkan untuk menyertai pakej yang lain yang ditawarkan.

Berapakah bilangan akaun bagi pakej Berlian yang boleh dibuka?

Bilangan akaun bagi pakej Berlian boleh dibuka adalah berbeza mengikut Syarikat pendengali Takaful (SPT) seperti berikut:

HLMTDua (2)
GETB & TIFBSatu (1)

Adakah PTPTN akan memberikan apa-apa penentusahan keahlian setelah pembukaan akaun?

Tidak. Pendeposit tidak akan menerima apa-apa penentusahan keahlian daripada PTPTN. Walau bagaimanapun, pendeposit akan menerima Sijil Takaful (Certificate Schedule) yang dihantar oleh Syarikat Pengendali Takaful (SPT) secara e-mel dalam tempoh 30 hari (sebulan) daripada tarikh pembukaan akaun.

Adakah individu boleh membuka akaun Simpan SSPN Plus jika telah sedia ada mempunyai penyakit kritikal?

Boleh terhad kepada pakej Intan, Delima, Topas, Zamrud dan Nilam sahaja serta tertakluk kepada tempoh menunggu yang ditetapkan oleh Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih.

Jika pendeposit telah mempunyai akaun Simpan SSPN Plus untuk anak-anaknya, bolehkah pendeposit membuka akaun Simpan SSPN Plus untuk diri sendiri?

Boleh. Pendeposit boleh membuka akaun untuk diri sendiri tertakluk kepada syarat pembukaan akaun yang ditetapkan.

Bolehkah pendeposit yang membuka akaun untuk diri sendiri, membuka lebih daripada satu akaun dengan pakej yang sama atau berlainan?

Tidak boleh. Pendeposit yang membuka akaun untuk diri sendiri hanya boleh mempunyai satu akaun sahaja.

Adakah penerima manfaat boleh mempunyai lebih dari satu akaun sama ada pakej yang sama atau pakej yang berlainan?

Ya. Penerima manfaat boleh mempunyai lebih dari satu akaun dengan syarat akaun dibuka oleh pendeposit berbeza sama ada ibu atau bapa atau penjaga yang sah (ibu bapa tiri/ ibu bapa angkat).

Adakah pendeposit boleh bertukar pakej akaun?

Tidak boleh. Pendeposit hendaklah menutup akaun sedia ada dan membuka akaun yang baharu dengan pakej yang hendak dipilih.

Pembayaran

Apakah saluran yang disediakan untuk bayaran komitmen bulanan?


Berikut adalah saluran/kaedah bayaran yang disediakan oleh pihak PTPTN

Saluran SimpananCaj
Kaunter PTPTN
– Secara tunai
– Kad kredit
– Kad debit
– Kad ATM
Tiada
Potongan Gaji
– Awam (JANM)
– Swasta (Agensi)
Tiada
Auto Debit
– Bank Islam (BIMB)
– Maybank
– RHB Bank
– CIMB Bank
– Bank Simpanan Nasional (BSN)

– Tiada
– Tiada
– RM0.50 per transaksi
– Tiada
– RM1.00 untuk pendaftaran (sekali sahaja). RM0.53 per transaksi
Perbankan Internet
– Maybank2u
– CIMB Clicks
Tiada
JomPayTiada
SSPN-i Plus online
– Rakan Niaga Affliate (RNA)
– Ejen Pemasaran Online (EPO)
Tiada
Direct DebitTiada

Apakah yang akan terjadi sekiranya pendeposit gagal membuat bayaran komitmen bulanan?

Pendeposit diberikan tempoh ihsan selama 60 hari untuk menyelesaikan tunggakan tersebut. Sekiranya tiada sebarang bayaran diterima selepas tempoh ihsan, akaun akan ditutup serta-merta.

Pengeluaran

Adakah bahagian simpanan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa?


Anda perlu tahu apabila Buka Akaun SSPN Plus, bahagian simpanan hanya boleh dikeluarkan selepas tiga (3) tahun daripada tarikh pembukaan akaun. Selepas tempoh tiga (3) tahun tersebut, pendeposit boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa dengan jumlah minimum simpanan yang perlu dikekalkan dalam akaun adalah sebanyak RM1,000 (tertakluk syarat-syarat lain yang ditetapkan dari masa ke semasa).

Bagaimanakah kaedah pengeluaran?

Pendeposit boleh membuat pengeluaran melalui kaedah seperti berikut :

KaunterPermohonan Online
Perlu mengisi:
– Slip Pengeluaran akaun Simpan SSPN Plus
– Borang yang lengkap diisi perlu dikemukakan kepada Pejabat PTPTN Negeri/ Cawangan
Membuat permohonan pengeluaran deposit secara atas talian melalui Portal Rasmi PTPTN.

Manfaat Takaful Simpan SSPN Plus

Apakah manfaat takaful yang ditawarkan bagi setiap pakej ?

Manfaat takaful bagi setiap pakej adalah berbeza mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT). Layari Perbezaan Manfaat Takaful Akaun Simpan SSPN plus untuk butiran maklumat takaful yang terperinci.

Apakah yang akan berlaku sekiranya penerima manfaat meninggal dunia?

Sekiranya penerima manfaat meninggal dunia, akaun akan ditutup dan semua keistimewaan akan terbatal kecuali manfaat khairat kematian.

Apakah tempoh menunggu bagi Simpan SSPN Plus?

Tempoh menunggu bagi Simpan SSPN Plus adalah mengikut jenis manfaat takaful dan Syarikat Pengendali Takaful (SPT) seperti berikut

TABLE …..

Adakah elaun kemasukan hospital tertakluk dalam negara sahaja?

Tidak. Elaun kemasukan hospital tidak terhad dalam Malaysia sahaja. Elaun juga layak dituntut bagi kemasukan hospital di luar negara selagi kunjungan tersebut bukan atas tujuan perubatan. Walau bagaimanapun, kemasukan hospital di Singapura dibayar bagi tujuan perubatan.

Adakah perlindungan diberikan kepada anggota beruniform?

Ya, selagi anggota beruniform tidak terlibat secara langsung dalam tugasan peperangan/ rusuhan, rusuhan awam sama ada diisytihar atau tidak.

Adakah pendeposit akan dilindungi sekiranya terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan keilatan / meninggal dunia jika akaun baharu dibuka dalam tempoh 24 jam?

Ya. Pendeposit akan dilindungi serta-merta bagi manfaat takaful disebabkan kemalangan. Jom Buka Akaun SSPN Plus segera! Buka Akaun Simpan SSPN PLUS

Penyakit Yang Dilindungi Takaful

Apakah penyakit kritikal yang dilindungi takaful?

Penyakit kritikal yang dilindungi adalah bergantung pada Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih. Berikut adalah penyakit-penyakit kritikal yang dilindungi oleh syarikat pengendali takaful:

Bil.Syarikat Pengendali Takaful (SPT)/ Penyakit KritikalGETBHLMTTIFB
1Alzheimer/ dementia teruk/ gangguan otak degeneratif organik tidak boleh pulih///
2Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari///
3Meningitis Bakteria///
4Tumor Otak Benigna – Keterukan tertentu///
5Buta – kekal dan tidak boleh pulih///
6Pembedahan otak///
7Kanser – keterukan tertentu dan tidak melindungi kanser tahap awal///
8Kardiomiopati – keterukan tertentu///
9Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan kekal sumsum tulang///
10Koma – mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan symptom klinikal yang berterusan///
11Pembedahan pintasan arteri koronari///
12Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih///
13Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian///
14Kegagalan hati tahap akhir///
15Penyakit paru-paru tahap akhir///
16AIDS dengan gejala penuh/
17Hepatitis Viral/Virus Fulminan///
18Serangan jantung – keterukan tertentu///
19Pembedahan Injap Jantung///
20Jangkitan HIV melalui Transfusi Darah///
21Kegagalan buah pinggang – memerlukan dialysis atau transplan buah pinggang///
22Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (berdikari)/
23Hilang keupayaan bertutur///
24Trauma Kepala Major (Teruk) –  mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian///
25Transplan Organ Utama/ Sumsum tulang///
26Penyakit neuron motor – defisit neurologi kekal dengan symptom klinikal berterusan///
27Sklerosis Multipel///
28Distrofi otot///
29Kelumpuhan anggota///
30Penyakit Parkinson – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian///
31Hipertensi Arteri Pulmunori Primer – keterukan tertentu///
32Penyakit arteri koronari serius///
33Strok/ Angin Ahmar – mengakibatkan deficit neurologi kekal dengan symptom-simptom klinikal berterusan///
34Pembedahan Aorta///
35Lupus Eritematosus Sistematik dengan komplikasi buah pinggang yang teruk///
36Kelecuran tahap ketiga – keterukan tertentu///
37Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui pekerjaan/
38Penyakit Terminal (membawa maut)///
39Penyakit Sistik Medular///
40Sindrom Apallic (iaitu keadaan Vegetatif Berterusan)/
41Poliomielitis/
42Skleroderma Progresif/
43Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik/
44Elefantiasis (PenyaKit Untut)/
45Penyakit Creutzfeldt- Jakob (Penyakit Lembu Gila)/
Jumlah penyakit kritikal dilindungi453636

Banyak manfaat yang disediakan untuk anda dan anak-anak anda, Jom Buka Akaun Simpan SSPN Plus sekarang!

Adakah penyakit mental dilindungi takaful?

Tidak dilindungi.

Adakah kematian disebabkan bunuh diri dilindungi takaful?

Tidak.

Adakah kematian disebabkan pengambilan dadah atau alkohol atau bahan-bahan terlarang yang berlebihan dilindungi takaful?

Tidak.

Tuntutan

Jika berlaku kematian pendeposit dan beliau mempunyai akaun Simpan SSPN Plus untuk 5 orang anaknya …

Jika berlaku kematian pendeposit dan beliau mempunyai akaun Simpan SSPN Plus untuk 5 orang anaknya, adakah waris akan menerima manfaat kematian bagi kelima-lima akaun atau bayaran manfaat hanya dibuat ke atas salah satu akaun anak yang dibuka pendeposit?

Manfaat kematian akan dibayar bagi kelima-lima akaun yang dibuka oleh pendeposit.

Contoh:
Bagi kematian biasa, sekiranya kelima-lima akaun tersebut adalah akaun Delima di bawah syarikat pengendali takaful HLMT, jumlah keseluruhan manfaat kematian yang dibayar adalah sebanyak RM150,000 (RM30,000 x 5 akaun). Manfaat tersebut akan dimasukkan semula ke dalam akaun masing-masing dan bayaran kepada waris akan dibuat mengikut proses penutupan

Siapakah yang boleh membuat tuntutan bagi kematian pendeposit?

Waris atau Penama (yang didaftar di PTPTN) boleh membuat tuntutan.

Apakah syarat tuntutan khairat kematian bagi pasangan atau anak?

Pasangan hendaklah memenuhi syarat berikut:

  • Hubungan adalah sah dan diiktiraf dari segi undang-undang
  • Berumur 18 tahun sehingga sebelum mencapai had umur perlindungan 70 tahun (mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih)
  • Bagi tuntutan atas isteri (jika mempunyai lebih dari seorang isteri yang sah), khairat diberikan ke atas isteri yang mana meninggal dahulu.

Anak hendaklah memenuhi syarat berikut:

  • Hubungan adalah sah dan diiktiraf dari segi undang-undang;
  • Berumur 18 tahun sehingga sebelum mencapai had umur perlindungan 70 tahun (mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih);
  • Bagi tuntutan atas isteri (jika mempunyai lebih dari seorang isteri yang sah), khairat diberikan ke atas isteri yang mana meninggal dahulu.

Bagaimanakah kaedah pemulangan simpanan dan bayaran manfaat takaful dilakukan bagi kes kematian pendeposit?


Bagi kes kematian pendeposit, kaedah pemulangan simpanan dan pembayaran manfaat takaful oleh syarikat pengendali takaful adalah seperti berikut:

  1. Bagi jumlah simpanan atau manfaat yang kurang daripada RM3,000 – waris hendaklah mengisi dan menandatangani Bon Tanggung Rugi serta dokumen yang berkaitan yang mengikat dari segi undang-undang; atau
  2. Bagi jumlah simpanan atau manfaat takaful RM3,000 dan ke atas – Pengeluaran wang deposit dari akaun si mati bagi baki semasa simpanan berjumlah RM3,000 dan ke atas (termasuk manfaat takaful dan dividen) dengan mengemukakan dokumen asal atau salinan
    • Geran Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau
    • Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah; atau
    • Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad, Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/ Arahan).

Berapa lamakah tempoh yang akan diambil untuk mendapat manfaat takaful yang dituntut?

Pembayaran akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap dan diserahkan kepada Syarikat Pengendali Takaful (SPT).

Apakah yang akan berlaku sekiranya pendeposit telah mencapai had umur maksimum perlindungan?

Sekiranya pendeposit telah mencapai had umur maksimum perlindungan tertakluk kepada Syarikat Pengendali Takaful (SPT), akaun pendeposit akan ditutup.

Apakah situasi yang menyebabkan akaun Simpan SSPN Plus pendeposit akan ditutup secara automatik?

  1. Mempunyai akaun tertunggak melebihi 90 hari;
  2. Penerima manfaat mencapai umur 29 tahun; dan
  3. Pendeposit/ penerima manfaat meninggal dunia.




Leave a Comment