Akaun SSPN Plus

Akaun SSPN Plus atau dulu dikenali sebagai SSPN -i Plus, adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan untuk penabungan skim pendidikan tinggi.

Buka Akaun SSPN Plus

Akaun Simpan SSPN Plus adalah merupakan produk terbaru PTPTN, yang telah dilancarkan pada September 2021, dengan kerjasama Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful IKHLAS Family Berhad (TIFB) sebagai Syarikat Pengendali Takaful (SPT) bagi produk ini.

SSPN plus adalah akaun simpanan untuk anak anda, dan pada masa yang sama merupakan takaful untuk anda dengan nisbah 90:10.

Statistik Pembukaan Akaun SSPN Plus

Berdasarkan statistik tahun 2021, sebanyak 694,792 Akaun Simpan SSPN Plus telah dibuka oleh 481,036 pendeposit.

Ini adalah salah satu tanda yang positive, seorang pendeposit membuka lebih dari satu akaun. Ramai yang telah mengambil peluang untuk membuka Akaun SSPN Plus, .

Keistimewaan

Berikut adalah 12 keistimewaan untuk beralih kepada SSPN Plus.

  1. Perlindungan takaful sehingga RM1.2 juta*
  2. Melindungi 45* jenis penyakit kritikal. Tidak perlu melakukan pemeriksaan kesihatan.
  3. Elaun kemasukan hospital sebanyak RM250* sehari
  4. Patuh Syariah, Simpanan dijamin mengikut syariah dan bebas dari unsur meragukan
  5. Dividen kompetitif, tambah simpanan dengan pulangan dividen tahunan yang menarik
  6. Nikmati Pelepasan taksiran cukai tahunan
  7. Cabutan Wow, Pelbagai hadiah menarik ditawarkan sepanjang tahun
  8. Pelan simpanan Simpan SSPN Plus mampu milik untuk semua
  9. Khairat Kematian untuk pasangan dan anak-anak (5 orang)*
  10. Layak untuk memohon pinjaman PTPTN bila buka akaun SSPN
  11. Pemberian Geran Sepadan kepada keluarga yg layak*
  12. Simpanan anda dijamin kerajaan

Pakej SSPN Plus

SSPN Plus ada enam pakej kesemua nya. Bermula dengan RM30 sebulan sehinggalah kepada RM500 sebulan.

Pakej Intan adalah pakej permulaan dengan komitmen bulanan RM3), dimana RM20 akan dimasukan kedalam akaun simpanan, manakala RM10 untuk perlindungan takaful.

PakejIntanDelimaTopasZamrudNilamBerlian
Simpanan (RM)204090180270200
Takaful (RM)1010102030300
Komitmen bulanan (RM)3050100200300500
Pakej Akaun Simpan SSPN Plus

Syarikat Pengendali Takaful

Seperti yang telah diterangkan diatas, SSPN Plus mempunyai tiga syarikat pengendali takaful iaitu:-

  1. Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT)
  2. Great Eastern Takaful Berhad (GETB)
  3. Takaful IKHLAS Family Berhad (TIFB)

Baca Manfaat Takaful Akaun SSPN Plus untuk maklumat yang terperinci!

Syarat-Syarat Pendeposit

  1. Pendeposit hendaklah seorang warganegara Malaysia
  2. Berumur dari 18 tahun sehingga mencapar 69 tahun (tertakluk kepada polisi syarikat pengendali takaful yang dipilih oleh pendeposit)

Syarat-Syarat Penerima Manfaat

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur dari 1 hari sehimgga sebelum mencapai umur 29 tahun.
  3. Terdiri daripada diri sendiri, anak kandung dan anak jagaan yang sah sahaja.
  4. Pendeposit boleh buka satu akaun bagi satu penerima manfaat
  5. Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun penerima manfaat yang sama
  6. Pendeposit wajib mengisi borang potongan gaji /auto debit /direct debit atau membuat bayaran terus lebih duit bulan untuk bayaran komitmen bulanan.

Pengeluaran dari Akaun SSPN Plus

  • Pendeposit hanya dibenarkan untuk membuat pengeluaran selepas tiga tahun daripada tarikh pembukaan akaun.
  • Pendeposit perlu mempunyai jumlah simpanan minimum sebanyak RM1,000 yang perlukan dikekalkan didalam Akaun Simpan SSPN Plus.
  • Selebihnya boleh dikeluarkan (selepas tiga tahun)

Penutupan Akaun

Pendeposit boleh menutup akaun pada bila-bila masa dan terus mengeluarkan kesemua simpanan didalam akaun simpan SSPN Plus.

Link Penting

Leave a Comment